the way i am

the way i am
Fyee is the name.

Thursday, February 2, 2012

Fated 1

“Iman! Janganlah! Eeei orang nak study ni, tau la dah habis paper. Eee jahat giga kau ni.”  Jerit Ilya.

 “Fine, nak manja-manja pun takboleh. Blah laaaa.” Jawabnya dengan nada kecewa.

“Banyak la kau punya manja. Tak cukup ke aku kasi kasih sayang kat kau dari kita start study kat sini haa? Drama gila k.” Kalau si Iman ni, memanglah. Suka betul buat gaya macam tu bajet aku tak pernah spread love dekat dia. Sabar je lah.

“Ah sudahlah. Alasan.” Terus Iman baring dikatil Ilya sambil memeluk bantal Ilya.Ahha comfort gila k cuaca mendung macam ni dapat baring macam ni.

“Saja je kau kan. Ticket kau hari apa?” Malas nak melayan kerenah Iman yang dah terguling atas katilnya belakang meja studinya , terus dia tanya perihal budak sorang tu.

“ Laa kan dah cakap haritu aku balik 24. So maksudnya lagi tiga hari la. Jumaat afdal sikit, penghulu segala hari. Hahaha ” Iman membalas sambil masih lagi berguling-guling atas katil Ilya.

“ Hahaaha sorry lah Man. Lupa. Baik aku ingat paper aku start pukul berapa dari ingat kau tiap masa.” Ilya ketawa.

“ Yaaa kau memang nak makan pelempang jawa! Kau paper habis lusa kan then balik sana bila?” Iman membetulkan posisinya dikatil Ilya yang hampir nak terjatuh. Hehehe. Iman memang kurang senonoh.

“Next Monday.Kau ni dah siap barang belum? Asyik menempek bilik aku je. Gedik betul.”

“Ala banyak masa lagilah nak pack barang. Buat apa bawa barang balik banyak-banyak pun kan. Heheh bosan la kau tau. Si Zana dah lari balik tinggalkan aku. Bosannnnnnnnn. Lifeless hang tau dak.Eh next Monday? Oh ni mesti pakat dengan hafedz ni. Ecewah konon takda pape, tgk flight sama. Terbaik la hangpa” Saje dia cakap loghat utara. Padahal bukan reti pun. Dulu time matrikulasi adalah stay setahun tapi dah tinggalkan Kedah dekat tiga tahun ni, cakap tunggang terbalik. Buat malu je.

“Itulah aku cakap kat kau beli ticket sama dengan Zana kau taknak. Konon nak ada life lepas exam. Tengok-tengok kacau aku kat sini adalah.” Iman ni kalau dapat bercakap tak reti nak diam. Haih. “Fitnah laa mana ada aku plan dengan Hafedz. Tetiba je flight sama. Yang book ticket haritu kakak aku okay bukan aku.”

“ Sekali kebetulan. Kalau banyak kali tu jodoh tau namanya Yaaaaa heheeh” Iman buat muka gatal. “Yela Zana tu dah macam homesick je nak balik KL awal gila. Padahal cuti sebelum ni dia balik juga KL. Aku sejak datang sini, baru sekali je k aku balik sana. Haaa dah dua tahun aku tak balik, okay je.Raya pun di perantauan je. Hahaha” Iman dengan bangganya cerita perihal dia. Konon achievement paling hebat lah tu.

“Nak baldi weh! Over je. Kau yang nak stay sini part time lah apalah bila sem break. Agaknya betul kot orang kata kau punya boyfriend tu matsaleh kot. Pandai betul doctor cinta ni ye, jodoh konon. Dia pun tak berpasangan sibuk nak jadi chaperone. Dahlah, pergi duduk bilik kau Man. Aku flunk paper ni nanti kaulah penyebab besar. Pergilah main lappy kau tu tak pun bawa kamera kau tu pergi jalan-jalan snap pictos” Ilya tak larat nak melayan Iman dah.

“ Takpa banyak pahala tau kalau ajak matsaleh convert to Islam. Pergh nanti ada anak semua comel macam muka husband aku. Lagi ditambah dengan muka aku yang comel ni. Kahkah. Ye nak keluar la ni. Nak skype lagi best dari layan kau. Memang aku punca segala kan.” Dia dah duduk bersila atas katil Ilya pula sambil dengan muka khusyuk berangan. Iman iman.

“Apa lagi, silakan keluar ya Cik Iman Hadif. Awak boleh sambung berangan awak dekat bilik sebelah okay. Heheh”

“ Nak pergi lah ni. Well aku kat partime dreamer berjaya.” Iman bangun terus melangkah ke pintu. “ Sayang, if you need help panggil I kayy . Takpayah bangun, jerit je. Heheh”

“ Okay. Dah bilik kau sebelah bilik aku memang tak lah aku nak bangun. Man sayang, Yaa boleh minta apa je kan? Buat coffee boleh tak yang?” Sengaja dia menyakat Iman.

Membulat mata Iman pandang Ilya. “Yaaa memang mengada. Takda. Iman buat air tak sedap buat sendiri. Dah Iman nak tidur. Bye” Terus dia melangkah ke biliknya tak pandang belakang.

“ Iman pemalas!” Jerit Ilya. Dia ketawa.

“ Iman comel! Ilya pemalas !” Hahaha

Ilya hanya menggeleng. Kalau ada Zana ni habislah mereka berdua. Zana mesti geleng kepala je. Mereka tinggal bertiga di rumah tu. Dia , Zana dan Iman.

Zana ambil biotech, Dia engineering, Iman farmasi. Tapi Zana dengan Iman ada dua tiga lecture yang sama.Dia terkapai sorang-sorang dalam rumah tu. Nasib baik jiran sebelah ni dengan jiran sebelah lagi ni ada yang sama course. Sebelah rumah ni, rumah girls juga. Sebelah lagi rumah boys.

Dia terus bangun membancuh kopi.

***

Iman mengetul ngetuk jarinya di laptop sambil meniarap menunggu laptopnya “ON” Bosannya hidup. Sorang dah balik KL. Sorang tengah struggle. Orang sebelah rumah pun majority tengah sruggle. Orang sebelah lagi? Budak lelaki tu lagi la tak boleh harap. Mesti tengah tidur. Lagipun aku bukan rapat sangat dengan bebudak lelaki tu even dah tiga tahun stucked dekat sini dengan diorang.

Dia terus click pada icon skype dan google chrome. Masih mencari-cari sesiapa yang online skype. Tapi malang, orang yang ditunggu tak online. Dia terus sign in twitter pula. Mention pada adik-adik and abangnya supaya on skype. Tiga minit berlalu, ashraf si adiknya reply tweetnya yang tadi. Eheh tak tidur lagi rupanya adik aku sorang ni.
Terus dia ber-skype dengan si adik.

Dari bilik sebelah terdengar suara Iman ketawa dan suara seorang lelaki ketawa. Mesti skype dengan family tu. Dia mana ada ketawa lebih-lebih macam tu dengan lelaki lain. Dengan boys yang belajar kat sini pun dia macam tak mesra alam sangat. Iman Hadif.Namanya macam nama lelaki. Pelik. Pelik seperti tuan empunya nama. Mula mengenali seorang Iman Hadif ketika sampai di Malaysian Hall. Iman memang pelik, mula-mula jumpa dia ingatkan dia senior dekat sini. Rupa-rupanya satu batch. Budak lain ramai datang dengan family, yang lelaki pun datang dengan family. Tapi si Iman ni kes lain, dia sampai lagi awal lepastu sorang-sorang pula tu. Memang Ilya tabik sama dia. Berdikari melebih sangat. Kalau cuti sem semua orang balik tapi dia adalah balik Malaysia sekali. Bila ditanya “ Kau tak nak balik Malaysia cuti ni?” Dia jawab “Aku nak merasa kerja dekat Negara orang.”  Budak lelaki pun sem break balik tanah air sendiri tapi Iman sikit pun tak endah. Nak kata ada krisis dengan family tak pula. Elok je dia skype dengan family dia.

Nampak macam seorang yang pendiam sangat. Mula-mula kenal dulu, jawab soalan orang pun sepatah dua je. Dia sendiri malu nak bertanya lebih-lebih. Tapi lama-lama kenal Iman ni, tak sangka betul dia tu seorang yang gila-gila. Muka pun susah sangat nak senyum dekat orang, budak lelaki semua kata dia sombong gila. Bila dicerita pada Iman, dia ketawa selamba. Iman kata dia bukan pendiam sebenarnya, just socially awkward. Tak reti buat new friends. Boleh kerat jari berapa ramai je lelaki yang rapat and kenal Iman ni as orang yang kecoh and upside down. Hanya budak yang ada tutorial dengan course sama je kata dia gila. Tapi dengan matsaleh elok je dia tegur. Zana sampai kata Iman punya taste matsaleh dan Iman hanya angkat kening dan ketawa.
Cukup Ilya, esok Iman tak masuk dalam paper. Focus focus!






No comments:

Post a Comment