the way i am

the way i am
Fyee is the name.

Saturday, October 15, 2011

Nashihin & Fazreen

" Adik! Wake up! Its already 6.30 " Jerit Puan Hasnah pada anaknya yang seorang itu dari luar bilik.

" Yes Ma. 10 minit je lagi. Adik letih Ma. " Dia membalas jeritan Ma nya sama kuat seperti apa yang Ma lakukan.

" Oi, anak dara mana boleh bangun lambat! "

" Bolehlah Ma, nanti 10 minit lagi Ma jerit lagi sekali okay. " Dia terus berselubung dalam comforter.

" Nashihin Firuz! Jangan mengada! Kang Ma ambil kunci spare buka pintu kamu ni karang. " Puan Hasnah cuba mengugut. Anaknya yang seorang ni memang degil sikit. Ganas pun ada. Hah, lagi satu, pemalas!

" Iye Ma, nanti adik bangun ok. Ma pergi buat breakfast sedap-sedap tau. " selamba dia berkata dari dalam bilik.

"Hah tidurlah tidur berselimut dengan kulit khinzir ru. Suka sangat kan? Biar kamu. " Puan Hasnah dah masuk mood -psycho-buat-tak-layan pada si Nashihin. Umur dah 21, tapi perangai macam budak 5 tahun.

" Ye Ma. Adik tak tidur dah, tengah lipat comforter ni. " Refleks dengan ayat Ma nya tadi terus dia bangun. Gila apa aku, solat pun tak lagi. Hisy.
Dia terus menuju ke bilik air

*****

"Morning everyone! " sapa Nashihin pada semua yang ada di meja tu. Macam ramai je, padahal yang ada ; Ma Pa dengan Abang.

Semua muka senyum aje, tapi si abang dia yang sorang tu muka macam apa aje. Pagi-pagi dah nak cari pasal. Eiii aku lah dia ni.
Nashihin terus ambil posisi sebelah mamanya dan dihadapan abangnya si Fazreen tu.

" Mengapakah kekanda bermuram durja? " tanya Nashihin selamba sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya. Ma dan Pa nya dah tersembur gelak. Adik oh adik, suka betul menyakat orang.

" Adinda bolehlah makan cepat kerana kekanda ada meeting pagi ini.Tak payah nak beramah mesra, sibuk hal orang.  " Jeling Fezreen pada adiknya.

Nashihin buat muka tak bersalah terus makan gaya orang gelojoh. Dia buat tak tau je jelingan Ma dan Pa. Hah nak sangat aku cepat kan? Lantak kau, aku mati nanti kau yang menangis. Kata Nashihin dalam hatinya.

" Adik, makan elok-elok sikitlah. " Pa menegur.

" No Pa. I can't. my big brotha is goin to his work. Im such a pain kan? Kena la cepat. " Dia menjawab dengan penuh dramatik.Hamek kau!.Dia terus meneguk air dan membawa pinggannya kebelakang. Lepastu, ambil bag laptopnya dan terus menyalami tangan orang tuanya.

" Hah tadi nak cepat sangat kan? Cepatlah bak sini kunci, aku cucukkan. Sibuk sangat. " Kata Nashihin sementara menyarung kasutnya.

Fazreen hanya menjeling adiknya didepan itu dengan ekor mata. Nashihin memang, kalau dia bengang cenggitu la gaya dia layan orang. " Kejaplah. Orang nak salam Pa dengan Ma. "

" Kamu yang cari pasal kan? Dia dah tegur baik-baik, kamu yang nak release anger dekat semua orang kan? Pa tak bertanggungjawab. " Pa nya hanya sarkastik dan mengangkat kedua belah tangan.

Ma hanya menggeleng. " Itulah. Sepatutnya Ma dengan Pa yang patut tegur Ayen jangan buat muka macam tu depan rezeki. Tapi adik awak tu yang lebih rajin tegur awak.Itu maksudnya apa? Kamu fikirlah sendiri. " Ma menasihat Fazreen.

Nashihin dah penat berdiri di depan dengan beg laptopnya yang berat tu, dari tadi berdiri kat depan ni dah banyak kali dah aku tegur jiran-jiran kat lane ni. Dianya tak keluar-keluar jugak. Eii memanglah dia ni, tadi nak cepat sangat. Aku tegur baik-baik , nak balas meacam tu apahal? Macam hape je. ' Tak baik cakap macam tu Nashihin, kot abang tu betul tension waktu kerja cemana? Allahuakbar. Kenapa aku kejam sangat?' hatinya berdetik.
Fazreen keluar dengan muka tak dapat ditafsirkan riaknya. Terus menekan kunci kereta dan meletakkan briefcase ke dalam perut kereta.

Nashihin terus masuk ke pintu tempat penumpang. Malas dia nak berkata apa mengingatkan perangai abangnya yang seorang itu. Ayen is always that. Ada ke depan rezeki nak bermuram durja? Lepastu muka macam nak makan orang. Nak je aku pelangkung dia ni dengan kuali. Dia terus membeku dalam kereta.

Fazreen terus undur dan bergerak menuju ke jalan utama. Rasa bersalah menghentam diri. Nak say sorry? Errr takpayah kot. Petang karang jelah. " Ada nak beli apa-apa ke? or nak ambil barang mana-mana? "

" No. Straight to Uni. Adik dah besar, tak payah treat adik macam tu, if i want. I can go find it myself. " Jawab Nashihin.

Huh tak reda lagi? Dia mengambil jalan untuk terus diam. Karang maunya kereta ni terbakar.
Nashihin juga diam tak membalas apa lagi.
Akhirnya radio yang berbunyi pok-pek-pok-pek sehingga sampai ke destinasinya.

*****

Nashihin terus bersalam dan mencium tangan Fazreen . Kenalah salam, kang jadi adik derhaka pulak kan?

" Harini habis class pukul berapa? " tanya Fazreen pada adiknya.

" Abang Ayen habis kerja pukul berapa? Adik ikut aje. " Nashihin beri Fazreen soalan balik.

" Pukul 5. Nanti tunggu tempat biasalah. Okay ? " Fazreen hanya menjawab sebab memang Nashihin si kepala batu tu memang dah bagi sign degil dia tu.

" Okay. Kerja elok-elok. Be the best " Ikhlas Nashihin pesan pada abangnya. " Assalamualaikum. " Dia membuka pintu dan terus keluar.

Fazreen tak sempat nak reply apa, adiknya dah keluar dan menutup pintu. "waalaikummusalam. " Dia hanya menjawab sambil memandang Nashihin yang berbaju kurung purple ,pashmina purple dan sneakers. Haha.. dia menggelengkan kepala. Sneakers huh Nashihin? Dia memang pelik. Nashihin terus berlalu dan ditelan bangunan Uni nya. Dah Fazeen dah. Settle dah hantar tuan puteri, sekarang pergi kerja.

****

Fazreen mengetuk-ngetuk stereng sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Mindanya teringatkan kata-kata Nashihin tadi . 'Kerja elok-elok. Be the best' Memang ikhlas dia dengar suara Nashihin pesan padanya tadi. Adik oh adik.

Lampu merah dah bertukar hijau, dia terus menukar gear dan menuju ke pejabat.Kerja kerja kerja.

****

"Kau kenapa asyik menung aje dari tadi? " tanya Ijal rakan sekerjanya.

" Entahlah. Aku tak sedap hati. " Jawab Fazreen.

" Pasal apa? Ada perempuan reject kau ke?" Ijal cuba serkap jarang.

" Merapu kau. Adik aku lah, pagi tadi gaduh dengan dia. Actually tak lah teruk sangat, tapi macam mendalam aje aku rasa. " Fazreen ceritakan pada Ijal.

" Bukan kau memang selalu gaduh ke dengan Nashihin tu. Selalu sampai seminggu boleh perang dingin. " Ijal seolah hairan.

" A'ah memanglah. Tapi macam aku kata tadilah, dia macam pelik sangat. Air muka dia nampak kecewa gila bila aku marah dia. Padahal dia tak salah pun, aku bodoh sangat pergi marah dia kenapa entah? Memang dia kerek macam selalu tapi at the same time dia macam .. ish entahlah.. tak reti aku describe. "

Ijal menggeleng." Apa susah , minta la maaf. Takkan lah dia tak maafkan."

" Memang nak say sorry, tapi tu lah macam tak terkeluar je. "

" Cakap je la. What a big deal? Bagi lah dia some chocs or whatever she likes. " Ijal memberi idea.

" Umph okay. " Fazreen mengangguk.

" Kau balik lah, pergi beli something untuk dia.Pukul 3 dah. Lagipun paperwork giga tu dah habis dah tadi kan? Nanti aku cover la kat bos. Lagipun tadi time meeting, gila-gila kau brainstorm idea. Memang dahsyat lah idea kau. " Ijal berkata.

Fazreen mengangguk. Entahlah, agaknya sebab kata-kata adik kot yang boleh buat dia bawak keluar idea all out of sudden . Subhanallah." Okay.Thanks Ijal. "
 Fazreen terus drive ke One Utama. Dia terus menuju ke converse, nak mencari sneakers baru untuk Nashihin. Nashihin memanglah seorang manusia yang gila akan sneakers . Tapi gila seorang Nashihin bukanlah sampai tahap membazir, bila betul-betul rasa sneakers tu menarik perhatian dan sneakers lain pun agak-agak minta ditukar sebab dah lusuh baru dia beli.

Takpelah, you deserve a new sneakers Adik though baru beli bulan lepas.

Kemudian dia menuju ke Sticky, kedai yang membuat gula-gula itu. Dia mencari perisa lime dan watermelon. Nasib Fazreen baik, kebetulan ada perisa tu dan ada "im sorry" in the middle of it. Memang cun lah! Dia terus mengambil satu balang kaca yang sederhana itu untuk adiknya.
" Hmmph apa lagi eh Nashihin? " Dia monolog sendiri.
Hah snickers! Haha, dia memang suka snickers! Terus Fazreen menuju ke kedai serbaneka.Dia membeli tiga batang snickers.

Habis misi mencari dan membeli, Fazreen terus menuju ke surau kerana terlanjur sudah 4.30  dan sudah masuk asar. Solat kan senjata mukmin. Eh? Bukan ke? Oh doa senjata mukmin kan? Dah, dah apa-apa ajelah Ayen. Solatlah sebelum kamu disolatkan.

Usai solat, dia terus drive ke Uni Nashihin.Adik, im sorry. Monolog hatinya.
Otaknya ligat berfikir, Nashihin merupakan orang yang paling rapat dengannya. Memang bergaduh itu satu rutin. Tapi apa-apa hal pun, segalanya dia akan reveal dan brainstorm dengan budak gila-gila dan pelik tu. Tapi Adik selalu kata, dia bukan pelik. Nashihin Firuz U-N-I-K!
Dan setiap kali adiknya kata begitu dia kan ketawa. Im coming to pick you adik, You must like it kan? Im sure. Kata hatinya sendirian.

Bila tiba di Uni Nashihin, tepat 5.30 dia tiba disitu. Baru saja dia nak call Nashihin, tiba-tiba phonnenya berdering dahulu.Aik siapa call ni?

Adik yang comel.


Eh? Macam tau-tau aje. Haha. Dia terus mengangkat dan memberi salam.

Orang ditalian sebelah sana menjawab salam , tapi bukan suara Nashihin. Itu suara Didi si bestfriend adik. Tapi kenapa serak semacam?

" Didi, Hello. Nashihin mana? Abang Ayen nak cakap dengan dia. "

" Abang Ayen, Nashihin ada atas pangkuan saya ni. Tapi dia dah tak ada. " kecil sura Didi menjawab.

" What. Apa Didi kata ni?"

" Abang banyak-banyak bawak bersabar, Shihin dah takda. Allah lebih sayangkan dia. "

" Jangan main-main Didi. Itu adik abang tu. "Kata Fazreen dalam nada tertahan.

" Tak saya kata benda betul ni. "

" Allahuakbar. Didi kat mana ni? " lirih nada Fazreen bertanya,

" Surau. Abang, saya tak tahan tengok muka Shihin. Muka dia suci je , tenang tak beriak."

Fazreen memejamkan matanya sekejap. " Okay Abang Otw. " Fazreen terus menelefon rumah dah meberitahu Ma dan Pa nya.

***

Fazreen hanya lihat tubuh kaku Nashihin yang terbaring dengan bertelekung. Dia terus dukung adiknya. Banyak kali dia jerit macam budak lima tahun suruh Nashihin bangun. Tapi Nashihin masih tak bangun. Semua disitu seakan terkesima. Rakan-rakan Nashihin ramai yang menangis.
Berkali-kali dia gerak Nashihin. " Adik, bangun adik. I love you. Im sorry, tak niat nak marah Adik pun pagi tadi. Adik betul, abang yang salah. Abang yang bodoh buat muka macam tu depan rezeki and moody depan semua orang. Lepas ni I promise I'll never do that again. Bangunlah Adik! I bought you everything. Sneakers converse, Snickers choclates and Sticky! I'll do everything asalkan adik bangun! Cepatlah. We love you sayang. Don't leave us. Along ,Ma, Pa, Abang Ayen and semua kawan adik sayang adik!" Dia masih bercakap satu-satu pada Nashihin, tapi Nashihin masih tak bangun. Baju kemejanya dah basah dengan airmata. Telekung Nashihin juga basah dengan air mata. Orang sekelilingnya turut mengalirkan airmata.

*****
Fazreen melihat pada kotak kasut converse atas almari buku dalam biliknya.Dia hanya mengggeleng.
Dah tak ada orang yang akan membebel pada abang pagi-pagi adik, rumah ni sunyi sangat. You're our sunshine. You really brighten our day. We love you, too much. Sekarang ni , Ma dan Pa and Along alhamdulillah dah dapat terima. Tapi dia betul-betul rasa kehilangan yang teramat.Memang dia nak minta maaf, tapi tak kesampaian. Adik merupakan seorang yang sangat baik. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Aku tak layak nak tahan kehendak Allah.

Dia sangat bersyukur Nashihin pergi dalam keadaan yang tenang."Lepas solat asar, ketika dia berdoa. Tiba-tiba dia rebah." Itulah apa yang orang-orang dalam surau tu cerita pada dia. Begitu baiknya seorang Nashihin. Bagi dia Nashihin seorang yang sempurna walaupun kadangkala sifatnya macam lelaki tapi Nashihin tetap jaga  aurat dan solatnya. Nashihin memang kepala batu, sekali keputusan itu dah dibuat, jangan haraplah dapat ditukar, itu memang fitrah manusia. Dia kagum dengan adiknya yang itu. Dia pun kadang-kadang tak yakin dengan apa yang dia buat. Tapi Nashihin sentiasa yakin. dia sentiasa percaya, " Whatever come across, have faith."
Biarlah orang semua pandang pelik ke, mengutuk dia ke pakai baju kurung dengan sneakers ke, tak pakai heels ke, dia langsung tak kisah. Pernah sekali tu dia cakap kat Along,bila Along tanya bila dia nak berubah dressup macam perempuan betul-betul. Pakai buju kurung pun bila wajib iaitu bila pergi class. Tapi Nashihin relaks aje jawab " Dekat siapa Adik nak segan Along? Manusia? They only know how to condemn but they are not perfect enough. Adik lagi malu dengan Allah. Manusia, apalah sangat. Menghina aje kerjanya. "
Terdiam terus dia dan Along. Adik is right. Padahal dia bukannya dulu sekolah agama. Sekolah convent lagi lagi dulu. Ma dengan Pa pun tak kisah apa dia buat asal tak bertentangan dengan Islam.


Allahuakbar. Jauhnya aku teringatkan adik. Nashihin, im sorry. Air mata lelakinya mengalir.


Dia tiba-tiba terasa nak buka blog, nak lihat coretan-coretan adiknya yang dulu-dulu. Nashihin memang suka menulis sesuatu yang membawa pengajaran. Sejak adik meninggal, dia tak pernah buka blog adik.

Setelah menekan icon "Google Chrome" pada laptopnya, Fazreen terus menaip laman blog adiknya.
Tiba-tiba nafasnya seperti tidak bermaya melihat tajuk post itu, Dia yang aku sayang. Maaf. gambar dia dan Nashihin sedang gembira mencalit cream kek pada muka kedua-duanya. Dialah yang mula mencalit cream itu pada Nashihin dulu lepastu Nashihin pun balas dendam. Gambar itu diambil ketika dia, Along dan Nashihin sedang menyambut birthday Nashihin di Johnny's. Ya Allah kuatkan aku.

Dia mula meniti baris pertama post itu.


Assalamualaikum kawan semua. Mesti korang sihat dan rindu aku gila, sebab tu buka blog aku ni kan? 
Fazreen memejamkan matanya.
 Hehe perasan gila kau Nashihin *rolling eyes* Oh tolong jangan sepak aku laju-laju, aku tak berdrama.


Ye, gambar diatas itu amat epic ! Haha itu gambar aku dan abang aku, abang ayen yang aku sayang gila tu. Eh jangan salah faham, aku sayang dia as abang lah. Nak yang sayang as orang lain? Tunggulah kot aku dapat bidadara dari syurga. Haha lagi sekali perasan.
Sekali lagi Fazreen menahan airmatanya. 


Okay this post is specially for him. I hope you are reading. Kalau dia tak baca takpalah, korang bacakan lah. 
First of all Adik minta maaf cuz I hurt you so in. Kurang ajar sangat kan Nashihin ni, sukati je treat Abang Ayen camtu padahal Adik tak tau pun apa problem abang Ayen. No worries, lepas ni Ins'Allah I'll never hurt your feeling. 


The main reason adik tegur macam tu pagi tadi cuz kenapalah perlu abang ayen buat muka macam tu depan rezeki? Masalah? C'mon bro, kalau takda masalah itu bukan manusia. Allah pernah pesan "Maka tak akan aku bebankan seseorang melainkan kesanggupannya." Ingat tu!
Nak fikir problem, adik punya assignment tu entah berapa tahun nak siap agaknya, Ma tu punya beban nak didik kita jadi anak yang bertaqwa lagi berat doh abang ayen, Pa tu punya beban nak fikirkan kita, kalau boleh nak bawak semua family dia pergi Jannah and bussiness dia lebih-lebih lah berat kot. I hope you understand, I love you. I don't want to see you sad, lagilah depan rezeki. Rezeki itu kan Allah yang beri :)


So friens, yeah! Pagi tadi aku telah bersikap prejudice pada abang aku dan sangat sarkastik. Kesian dia. So aku rasa aku bertanggungjawab untuk say sorry. 
Abang Ayen, please forgive everything what I've been doing since I was born. Ish entahlah kenapa Adik burst into tears sekarang ni.Apa-apapun adik maafkan abang ayen. :) *dramatik*


And sebelum dia pergi kerja tadi, I've salam him and say Kerja elok-elok.Be the best. I hope he'll be the best forevah. Me love you and along so much. You brothers are awesome. 


Okay bye. Nak masuk class dah. Ni time lunch, aku tak seleralah nak makan. Aku type all these to dedicate to my brother.


Bye Assalamualaikum. 
Jangan jadi macam aku, aku jahat. Suka derhaka pada abang-abang aku yang handsome. Sapa nak abang aku handsome -handsome ni ? Haha meh sini interview dulu. Ala, tak susah. Kau belanja je aku satu converse punya sneakers. Hehe main je,


Until then, may we meet in Jannah.
Much love. 
Nashihin Firuz yang comel gila lagi perasan. 


Allahuakbar. Sneakers converse, Nashihin? Ya Allah, kuat kan aku Ya Allah. Aku rindu pada dia. I'll remember what you say Adik. Forever my dear. Air matanya menitis lagi. Insy'Allah Jannah wait for us. Amin. 
Dia terus ke bilik air mengambil wuduk untuk membaca Yaasin nak tenangkan hati . 


*maaf cerita ni macam apa aje, storyline tak berapa betul. macam saya jugak. heh.

Friday, October 14, 2011

The way 1

" Aku lapar . " Si gadis separuh berbisik pada orang sebelah.

" Oi, baru pukul 9 dah lapar? Fokus lah, kang prof nampak. " Partner sebelah menjawab seakan berbisik juga sambil memandang tepat pada slide dihadapan.

" Aku nak escape sekarang boleh? Tolonglah. "

Dah buat gila dia dahhh. Haih. " Jangan mengada la sayang, karang pukul sebelas kita breakfast okay? On me" masih lagi berbisik sambil melihat prof. Adni yang tengah membebel apa entah. Bukan dia tak faham, tapi dah lost disebabkan galak melayan orang sebelah.

"Kalau aku mati tengah dengar kekasih gelap kau ni membebel kau tanggung okay!" Dia berbisik agak kasar pada orang sebelah sambil memandang catatan-catatannya sejak kelas mula tadi.Cepatlah prof, saya dah tak boleh hidup tanpa makanan dan tak boleh fokus dengar suara prof yang tak merdu tu. Pfhh. Dia menconteng conteng kertas fullscap yang penuh nota ketika dia fokus waktu awal kelas tadi sambil tu memandang orang sebelah,orang sebelah tu boleh pulak tahan ketawa sampai senyum-senyum. Aku tempeleng jugak anak orang sebelah ni kang.

Si gadis terus menconteng dan menulis - " I have so many butterflies in my stomach" dan disuakan pada orang sebelah.

Orang sebelah tergelak kecil dan terus cover dengan batuk yang fake. Typical! Kemudian kertas itu kembali dengan sesuatu yang ditulis orang sebelah - " Assobaru minal eeman- (sabar itu separuh drpd iman)"

Si gadis hanya menjulingkan mata keatas. Malas melayan.

***
Alhamdulillah habis pun tempoh penyeksaan . Syukur ya Tuhan! Dia terus mengemas segala kertas ke dalam beg . Dah macam orang nak bermarathon gayanya. Cepat-cepat dia bangun turun ke pintu dewan kuliah.

" Icha! " Kedengaran satu suara yang dia benar-benar kenal memanggil nama dia. Dia malas pusing ke belakang, terus aja melangkah cepat.Aku ada hal yang lagi penting perlu aku selesaikan.

" Fakihin Natasha Firdaus! " Laungan kali ini lebih panjang malah lebih kuat. Maklumlah, lecturer dah keluar, budak2 lain pun ramai dah keluar kan? Heh.

Dia memandang ke belakang. " Apa?" membalas dengan kuat juga melawan hingar suara yang tengah riang gembira baru habis kelas tu.

" Tunggu lah."

Dia terus berjalan sambil menunjukkan tanda luar.  " Cepat!" Eish aku dah la perlukan nutrisi ni. Kang kena cekik jugak mamat ni.

" Coming!" Dia terus menuruni tangga itu macam Usain Bolt tengah lari. Terus keluar sekaligus mendapatkan Icha.
" Asal kau macam bermarathon je kemas barang and keluar macam dewan kuliah bakal runtuh aje?

"Muhammad Hairee , sekarang ni aku tengah berperang dengan segala organ aku supaya berfungsi dengan baik sementara aku nak reward mereka dengan zat zat serta nutrition yang sejak dari pukul 9 tadi aku tahan. Faham? Huh" Natasha jawab dengan sarkastik.

" Oh. Haha jom ikut aku.Kesian orang tu, dah beranak pinak rupanya butterflies dalam perut dia." Hairee ketawa. " Mana kita nak breakfast?"

" Aku ada ajak kau ke Ery? Bila masa?" masih lagi melangkah ke luar fakulti.

"Yelah. Aku kan dah kata nak belanja kau tadi? Jomlah.Ngade pulak." Ery cuba melangkah mengikut speed Icha yang lajunya agaknya anjing pun tak boleh kejar. Oh sungguh kau, Hiperbole jek lebih. Hihi.

"Aku tak nak kat cafe, kat luar. Naik kereta aku, itu paling penting!" Icha dah mula keluar aura orang demand.

" Naik kereta aku tak boleh ke Cha? Takkan naik kereta kau kot? " Ery cuba nak negotiate lagi.

" Woi naik kete aku lah. Takke save minyak kau. Lagipun aku ada benda nak buat." Dia menekan remote kereta.

" Hmmm.."

" Orang naik kereta aku, kena ikhlas. Kereta aku tak terima orang yang naik dia muka masam. Behave well !"
Icha seakan mengugut.

Ery terus ketawa galak. Bengong jugak si Icha ni kekadang. Aduh budak ni. Dia terus membuka pinu penumpang disebelah. Inilah dia tak suka naik kereta Icha, dia akan kena duduk tempat penumpang. Icha for sure tak kan bagi dia drive. Ei tak macho aku rasa.

Icha letakkan segala bef dengan lappy di belakang. Dcha buat bodoh aje sambil lihat Ery yang berkerut-kerut tu terus hidupkan enjin dan menekan punat radio.


***

"Mana kita nak pergi? " Ery perlahankan radio dan bertanya

" Grab for Subway at Sunway. Aku lapar gila. " Icha angkat tangan pada guard tu dan terus pecut.

" Gila jauh! Hishhh. " Ery seakan tak setuju.

"Sayang duit, cakap sayang duit bro. No hal, aku bayar untuk kau sekali. " Barulah nampak muka Icha yang macam monster tadi tu senyum sikit. Kan ke sweet gitu ? Ni tak, nak mencuka aje.

" No. Thats not the matter. The matter is kau tak reti cari tempat dekat hape? Jauh gila. "

" No worries, kaki aku memang rajin tekan minyak. Heh. Thats why aku tak bagi kau bawak kereta kau. As what i know since we were in foundation, kau orang yang takkan kasi aku buat benda merepu as in other word buat kerja buang masa. " Icha membebel pada Ery.

" Right. Betul. Kau memang bijak boleh faham apa saja yang aku fikir. " Diorang dua memang kenal since foundation. Tapi dulu tak rapat sangat, cuma bila dah ambik degree ni tiba-tiba boleh rapat . Haha cerita dulu. Ery menarik senyum ke pinggir bibir.

" Apa kau senyum macam monyet kat zoo ni?" Icha selamba sound Ery.

" Not a thing. None of your bussiness. Bawak je kereta elok-elok." Ery membalas balik.

" Does it look like I curious much? Tolonglah. Huh berangan lah kau, berangan. Shuhh "

" Haha but it really look like you are curious. " Ery membalas selamba,

" What ever looser " *rolling eyes*

***

"Look, we are arrive! Haha cepatkan aku drive Hehe " Icha berkata dengan bangganya. Bajet macam schumacher aje.

" Kalau dah drive macam bapak kau punya jalan memanglah. " jawab ery dengan muka tak bersalah.

Keji punya orang. Huh bukan nak say thanks or what .

" Jom."

" Lappy tu bawak, kang kena pecah kereta baru tau. " Nasihat Ery.

" Nak bawaklah ni. " Icha terus membuka pintu belakang dan menyandang beg laptopnya yang ala-ala turtle tu. Tapi Ery kata beg dia macam toaster ELBA  yang square tu tapi size XXXXL. Kejam betul mamat tu.

****
Hairi membacakan doa makan, dan mereka terus menyuap sandwich ke dalam mulut. Umpphh kerlass kau!

" Muka macam tak makan seminggu, kucing tepi jalan pun tak macam kau. " Ery mengata Icha.

" Takpa, yang makan aku, bukan kau. Perut aku bukan perut kau. Mulut aku, bukan mulut kau" Berjela dia bidas kata Ery.

" Itulah aku kesian dengan kau, nanti ada yang nak melamar tengok kau camni terus cancel. " Ery membalas.

" If that guy really wants me, he would accept me in whatever condition. Kalau one day aku bisu ke muka aku melecur ke kena acid, dia sure akan accept aku. By the way, thanks belanja aku. Memang best doh bila orang belanja, bila duit sendiri tak lak aku rasa nikmat gini . Heheh " Icha berseloroh.

" Im one of it. Haha kau ni banyak tengok barbie lah. Pigirahhh. Kata je la nak suruh aku belanja selalu. Chait." Ery buat-buat muka meluat.

" Haha kau? Nak cari awek semua muka standard taylor swift. Blahla. Aku tengok barbie pun tak pernah, tengok siput babi pernah lah."Icha buat tak tahu je, memang si Ery ni annoying gini. Apa nak buat kan? Heh . Dia masih lagi makan sambil menghadap laptopnya.  " Kita takda kelas dah kan lepas ni weh? "

" Ha'a habis dah. Encik Suhail kesayangan kau tu ada meeting.So class petang ni cancel. Alhamdulillah "

" Kesayangan? Eheh, " Dia tersenyum-senyum teringatkan penysyarah muda tu.Encik Suhail tu baik and okay je, tapi si Ery ni anti sangat dengan dia. Dah la handsome, ada charisma gitu. Macam charming pun ada. Haha Lepas tu teringatkan perangai dia sendiri pagi tadi yang macam apa aje beria nak escape sebab kelaparan. Dia rasa nak gelak pada diri sendiri.Adoih Natasha!

" Senyum-senyum. Gatal eh kau. "

" Tak la, aku teringat hal pagi tadi. Time nak escape kelas tapi ada orang budiman nasihatkan aku. Hehe lagi sekali terima kasih eh Ery ."

" Hmmmph baru sedar?  Aku dah macam kena pujuk budak 6 tahun je tau pgi tadi dengan perangai gila-meroyan-kanak-kanak-ribena-kurang-perhatian kau tu. Asal kau jadi cenggitu eh tadi?" Ery terasa teringin nak tanya.

" Aku lapar lah wei. Semalam, last aku makan time lunch. Huhuh sedih tau . " Icha cerita dengan semangat.

" Kenapa? Diet? "

" Tak. Aku sakit kepala semalam. Dari pukul 6 aku migrain then aku ambil pain killers terus tidur. Pagi tadi pukul 5 baru aku terjaga. Nadia, roommate aku tu pun pelik. Itulah pasal.Buakn saje saje aku nak escape tadi. Pagi tadi time breakfast pulak, perut aku tak lapar. Macam takda selera. Pelik betul aku doh. Then pagi tadi aku malas ah nak g class sebab memikirkan harini hari jumaat lepas tu satu class je pulak tu. Masuk class pulak, prof bebel berjela. Memang tak lah aku nak fokus." Icha cerita panjang.

" Ya Allah, teruknya. Kenapa jadi macam tu? Kau paksa diri kau stay-up ke? Icha, nasib kau tak pengsan tadi. " Ery seakan membebel.

" Normal lah stay-up weh. Nak final, sapa tak seram? Ntahlah aku pun taktau. " Icha malas panjangkan cerita. Nanti Ery masuk mood caring, dia naik lemas.

"Itu lah kau suka buat kerja berani mati. Dah la antibody macam semut, tak kuat! Dah lah, makan cepat. Jap lagi aku ni pergi sembahyang jumaat. " Ery membalas. Icha hanya menjulingkan mata keatas.

" Boleh tak kita balik Uni petang? Aku nak jalan-jalan lah weh. Jap lagi aku hantar kau pergi masjid depan tu je. Boleh tak?" Icha buat muka macam budak-lima-tahun-mintak-lolipop-tapi-takut-papa-dia-marah.

" Okay. Hmm kau takpayah lah hantar aku, aku drive kereta kau. Okay? Kau pergi jelah jalan. " Ery bertanya.

"Emm boleh, tapi kau drive kereta aku elok-elok." kata Icha.

" Rightios, aku tau lah "

Thursday, October 13, 2011

Me ze new

Assalamualaikum!
Eh sorry!
Yes there were some post here before, and again im sorry. Me feel free to delete it cause i really don't know when can i continue the stories. Neways, me will post new stuff here. keep calm and strong. eheh. chill. enjoy reading :)

" time change, people also need changes. that is human. sorry, im not a superhuman <3 "

UNCOMPARABLE & UNDENIABLE LOVE,
Fyee.